Monday, 19 September 2011

Kisah orang kawin campur

Satu ketika di majlis orang kahwin. Tok kadi, Anuwar sedang menikahkan satu pasangan Cina dan Melayu, Johnny Dap dan Wan Pasihah.

Tok Kadi: Aku nikah akan dikau Johnny Dap dengan Wan Pasihah bt Nik Hadi, berwalikan aku, Anuar dengan mas kahwin 2 juta tunai!

Johnny Dap: Bla..bla... (sampai hbs)

Maka sah lah mereka menjadi suami isteri.

Wan Pasihah: Bang Dap (nama manja), akhirnya kawin jugak kita ye..

Johnny Dap: Ye la Dik Pas (nama manja), tak sangka ye. Sblm ni ramai yg tak suka kita bercinta kn. U pun dulu siap kata I ni kafir. Sedih tau.

Wan Pasihah: Ala Bang Dap, benda yang lepas usah dikenang. I pn tak kisah Bang Dap Islam betul ke tidak. Janji dapat jaga kebajikan I pn dah ok.

Semasa pegi honeymoon...

Pasihah: Bang Dap, jom jalan kt sana.

Dap: Jom, abang ikut aje. Janji dapat nanti. Hehehe

Pasihah: Ala, gatal la abang ni. Aduh!

Dap: Kenapa Pas?

Pasihah: I terpijak batu la Bang Dap...

Dap: Bodoh punya batu. Ni mesti Amnor ni. Tak habis2 dengki kat kita. Meh abang angkat Pas...

Pasihah: Sayang nye Bang Dap kat I ye.

Dap: Eh, mesti la sayang...(sayang ada makna tu..hehehe.....)


Setahun kemudian.....

Pasihah: Bang Dap, macam mana kita boleh kalah pemilihan ketua kampung ni? Kan ramai yang sokong kita?

Dap: Mesti kerja Amnor ni. Ada ke orang kampung sebelah boleh undi kat sini.

Pasihah: Bang Dap ada bukti ke?

Dap: Xde pun. Tapi mestilah dia yang buat. Orang kampung pun satu. Senang sangat kena tipu. U pun sama Pas, yang U pegi sokong komunis buat apa. I dah cakap. Kalau tak tahu sejarah jangan cakap. Bodoh betul la U ni!

Pasihah: Sedapnya bahasa Bang Dap. Habis tu yang Bang Dap nak tukar dan hina bendera kampung ni  buat apa? Bang Dap banyak tolong bangsa Bang Dap je. Kawan2 I semua gelar Bang Dap khalifah, tapi dh peangai Bang Dap mcm ni, terus dia undi Amnor hari tu. Tak pasal2 kita kalah.

Dap: Berani kau lawan aku ye Pas. Aku cerai kau dengan talak tiga!

Pasihah: Jangan dok sedap cerai je. Jom jumpa tok kadi Anuwar dulu.


Dalam perjalanan, tiba2 Pasihah jatuh.


Pasihah: Aduh! Sakitnya Bang Dap.

Dap: Bodoh la U ni Pas. Takkan batu macam tu pun tak nampak. Padan muka kau.


Tiba2 tok kadi Anuwar pun muncul.


Tok Kadi: Kenapa ni? Kenapa buat kecoh ni. Orang kampung nampak tak elok la.

Pasihah: Dia nak ceraikan saya tok.

Tok Kadi: La, kenapa nak cerai. Kan masa kahwin tu dah berjanji apa yang terjadi pun akan tetap bersama-sama..

Dap: Saya dah cerai dah. Selama ni pun saya kahwin dengan dia cuma nak orang kampung sini terima saya saja. Boleh la saya berniaga dan buat untung kat sini.

Tok Kadi: Kamu jangan macam ni. Saya dah janji kat semua orang kampung yang perkahwinan campur macam ni akan kekal dan boleh diamalkan oleh semua orang.

Dap: Saya tak nak cakap banyak dah. Sekarang tok nak ikut saya ke nak ikut Pas?

Tok Kadi: Jangan la macam ni. Kita bincang dulu. Malu saya nanti.

Dap: Tok kena buat keputusan sekarang! Jangan lupa, saya ada banyak bukti teknikal kesalahan tok selama ni.

Tok Kadi: Jangan2. Baik la, tok akan ikut telunjuk kamu.

Pasihah: Habis tu saya macam mana tok?

Tok Kadi: Pegi mampos la sama kau! Pandai2 la kamu hidup sendiri. Macam tak biasa pulak.

Pasihah: Kalau aku tahu, tak nak aku ikut cakap kamu dulu..


Maka tinggal lah Pasihah keseorangan.....kesian, kesian.....


Che'Gu Disiplin: Tu la, masa nak pilih dulu tak nak hati2. Sakit hati kat Amnor punya pasal, sampai sanggup kawin dengan orang yang hanya pandai tabur janji dan ada agenda sendiri. Dah kena cerai nangis la sorang2.

Monday, 12 September 2011

Awas! Komunis menyerang!!!

Ni le akibatnye kalau komunis dibiarkan perintah Malaysia. Ni belum perintah pun dh berani komen cmni. Ni bunga2 awal komunis le ni. Baca komen2 di bawah klip

http://www.youtube.com/watch?v=LP9DL1lmWSM&feature=channel_video_title

Saturday, 10 September 2011

Mana 4 saksi che'gu?

Satu pagi, Che'gu Disiplin terpaksa ganti kelas che'gu Tawar yang ponteng keje. Dah le ponteng, tak pulak dibagi kerja sekolah. Che'gu Disiplin pun tunjuk la video tentang 9/11. Tetiba ada pulak murid yang tanya, 'Boleh caya ke video ni che'gu?'. 'Sebab apa pulak?', tanya che'gu. 'Video ni kan besi!'.
Rosak2..habis diputarbelitkan budak2 sekolah ni. Tgk je la sendiri...

http://www.youtube.com/watch?v=kwSmFnlwrK0&feature=player_embedded

Thursday, 8 September 2011

Zainudin Maidin menulis...


Tulisan Zainudin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia

Saya setuju dengan Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali, bahawa Mat Indera sebaris dengan Ishak Haji Muhammad( Pak Sako), Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob dan beberapa orang lagi nasionalis Melayu sebagai pejuang kemerdekaan. Tetapi perjuangan mereka telah kalah dan terbukti salah.

Kesalahan itu telah terbukti tidak sahaja sebelum merdeka tetapi juga selepas merdeka apabila mereka bersubahat menyokong konfrantasi Indonesia untuk menghancurkan Malaysia dalam tahun 1960-an. Akibatnya mereka ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Salah seorang daripada mereka ialah seorang rakan baik saya yang berlindung di Utusan Melayu sebagai wartawan di samping menjadi ejen sulit Indonesia. Ketika itu saya masih bujang dan sering merayau malam bersamanya dan Pak Sako di Kuala Lumpur.

Pada satu malam saya bermalam dengan rakan baik ini di sebuah hotel murah di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tanpa pengetahuan saya, dia meletakan di bawah tilam saya beribu-ribu dolar wang Amerika Syarikat yang diterimanya dari Indonesia untuk diberikan kepada Pas dan Parti Rakyat. Setelah dibebaskan dia memberitahu saya, dia yang menyembunyikan wang itu.

Ketika itu ramai penyokong Pas yang tidak percaya dengan tuduhan kerajaan mengenai pemimpin Pas menjadi alat Soekarno dan Parti Komunis Indonesia (PKI).

Rakyat Malaysia telah memberikan sokongan besar kepada Parti Perikatan dalam pilihan raya 1964 untuk membuktikan mereka menentang konfrontasi yang didalangi oleh PKI dan disokong oleh Parti Komunis Malaya (PKI), Pas dan Parti Rakyat.

Jika kerajaan tidak menangkap pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Rakyat yang menjadi anasir subversif dalam masa konfrontasi dan tidak disokong oleh Pakatan Lima Negara terutamanya British, maka negara ini telah dijajah oleh Indonesia. Jika ini berlaku maka apa akan jadi kepada masyarakat Cina dan rakyat Malaysia lainnya?

Bahawa komunisme yang disokong Pas berasaskan kepada sokongan Presiden Indonesia, Soekarno ketika itu, ternyata telah membawa mala petaka kepada umat manusia. Ini terbukti dengan kesedaran rakyat yang tertekan di negara-negara komunis bangun meruntuhkan komunisme yang kejam yang menyebabkan kemiskinan dan mala petaka kepada kehidupan mereka.

Oleh itu adalah tidak wajar untuk kita memberikan pengiktirafan terhadap perjuangan mereka kecuali untuk hanya dijadikan catatan sejarah. Pas mahu menafikan mereka komunis tetapi tidak boleh menafikan menjadi alat kepada komunisme. Saki-bakinya adalah Mat Sabu yang tidak dapat melihat pengorbanan anggota polis dan tentera kita tetapi nampak Mat Indera sebagai hero.

Kepada orang Melayu dan menurut perhitungan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri, jika perjuangan nasionalis kiri menang maka pastinya negara ini telah berada di tangan PKM yang dikuasai oleh orang Cina dan di belakangnya ialah Parti Komunis China.

Dikesali seorang nasionalis yang berpengalaman seperti Mustafa Ali tidak boleh melihat dan mengakui hakikat tetapi bagaikan cuba berselindung di sebalik sehelai lalang.

Sewajarnya kata Mustafa, kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO tidak berlaku kejam terhadap penderhaka, malah memberikan pula penghargaan kepada mereka dengan pelbagai cara kerana menilai perjuangan mereka. Boestaman diberikan Datuk dan Ishak diberikan Tokoh Wartawan Negara. Di negara lain manusia seperti ini digantung, di penjara seumur hidup atau lenyap begitu sahaja.

Pas cuba untuk menegakkan benang yang basah dalam keadaan yang tertekan. Tetapi ia sekurang-kurangnya telah menyedarkan sebahagian besar ahli Pas akan kesilapan mereka memilih seorang kelakar menjadi Timbalan Presiden Pas.

ZAINUDDIN MAIDIN
Kuala Lumpur


Saturday, 3 September 2011

Che'gu Besor kene fitnah!

Kesian che'gu besor aku, che'gu Majid Razak. Tak habis2 kene fitnah dgn Tawar n the geng. Kalau x dia, isteri dia Pn Rosnah yg kene. Tak habis2.

Baru-baru ni aku pegi raya kt rumah che'gu Badrul. Masa raya kot le nk cite benda2 elok. Ni tidak, dok bawak mulut pasal che'gu Majid. Katanya che'gu Majid ambik cuti rehat pegi melancong 31hb Ogos aritu. Pakai keta dan duit sekolah lak tu. Dasat sungguh cerita si Badrul ni. Dia bebel yg che'gu Majid ni tak patriotik langsung.

Mula2 mcm nk percaya gak sebab tak nampak pn che'gu Majid 3,4 hari ni. Last nampak pn masa dpt mesej raya dia aritu. Tapi lepas aku contact kenalan rapat dia, rupanya dia pegi ke Australia Medical School. Kt negeri sebelah je. Bln lepas dia ada buat operation kt ctu gak sebab jatuh masa main futsal. So kali ni dia pergi untuk rawatan susulan la. Buat terapi skali.

Tu rupanye cerita dia. Sementara masih di bulan baik ni, aku harap che'gu Badrul dgn kawan2 dia pegi le minta maaf kt che'gu Majid n Pn Rosnah tu. Insyaallah dia maafkan. Daripada dok tambah dosa baik le bermaaf-maafan kan.

che'gu disiplin - Kurang2 kn la tabur fitnah tu. Baik 'tabur' duit raya kt budak2 miskin kt sekolah. Lagi baik

Friday, 2 September 2011

Takziah...

Che'gu ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang ditembak di Somalia. Semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat. Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham. Diharap keluarga allahyarham diberi bantuan dan pembelaan yang sewajarnya.