Sekolah baru je ambik sorang pencuci toilet untuk gantikan yang lama. Dengarnye dia ni hebat walau pun naik kerusi roda. Kena langgar dengan polis British katanya. Kalau cuci mangkuk tandas mesti Bersih 3.0 nyer sebab dia banyak guna sabun sampai dapat nickname Md Sabun.
Baru-baru ni ada majlis di ambang syawal dan bulan kemerdekaan di sekolah. Disebabkan ostat yang sepatutnya bagi ceramah datang lambat, dia pun ambik la mikrofon. Nak tunjuk la yang dia pun pandai ceramah. Nak gaji lebih pun ada gak tu.
Dia pun cerita la pasal kemerdekaan, zaman British, zaman Jepun dan zaman komunis. Marah benor dia kat British. Rupanye dia lulus bahasa inggeris masa sekolah dulu. Tak lepas masuk universiti sebab kantoi bahasa inggeris, bisik salah sorang yang ada kat situ. Betul ke tidak tak tahu la pulak.
Masuk bab komunis je, makin semangat Md Sabun ni. Dikatanya komunis la sebenarnye hero, bapa kemerdekaan sebenarnye pengkhianat! Lagi teruk dikatanya polis-polis di Bukit Kepong pun pengkhianat!!! Tercengang murid-murid dan ibubapa yang ada kat situ. Baru je chegu Sivik ajar bab kemerdekaan, baru je chegu tayang VCD Bukit Kepong, tetiba ada lak tukang cuci jamban buat versi baru.
Tengok syok berceramah (meraban), ostat yang ditunggu pun sampai. Nak tak nak terpakse la dia blah. Sebelum blah sempat lagi dia pesan, murid-murid kalau nak belajar sejarah yang betul, jumpa la pok cik kat tandas. Chegu Tawar pn slalu ada dengan pok cik kat situ.
Keesokan harinya, Md Sabun dipanggil oleh chegu kanan sekolah.
'Kamu meraban apa masa majlis semalam? Ramai orang kampung tak puas hati. Sampai ketua balai sini pun call saya komplen'.
'Mana ada saya meraban. Saya cuma cakap pasal merdeka ja. Lagipun mana la saya ingat apa yang saya cakap sebab benda tu kan semalam.'Dengan selamba Md Sabun jawab.
'Kalau awak tak ingat, xpe. Tapi saya ada rakaman dari handphone ibubapa yang datang semalam'.
Dengan konfiden nye dia jawab, 'Handphone tu kan besi. Mana boleh dibuat saksi tuan!'
Cikgu kanan pun berkata dalam hati, 'Nak kata bangang, tua pada aku. Nasib ko la. Kalau kena belasah dengan orang kampung jangan dok nyusah aku lak nanti'.
Che'gu Disiplin - Mau nye aku sebat si Md Sabun ni kalau dia budak sekolah aku.
No comments:
Post a Comment